CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, May 28, 2009

COUPLE ITU HARAM




Mendengar sahaja tajuk ini mesti ramai remaja yang tidak berpuas hati.Betul tak?Maklumlah zaman sekarang remaja tidak sah kalau tidak bercinta.Kalau ada yang tidak bercinta itu dikira low profile.Disebabkan rasa tercabar dengan itu maka remaja akan bercinta.




Bila bercinta semua perkara jadi indah.Dah tak ingat dunia dah.Gelaran "sayang" "Baby" dan bermacam lagi selalu meniti dui mulut remaja yang sedang bercinta.Sebenarnya dalam hukum islam bercinta sebelum berkahwin adalah haram.Kerana ia boleh mendorong kepada zina.




"Saya tak berzina,saya cuma main sms dan telefon saja."kata sesetengah remaja.Memanglah cuma sms dan telefon sahaja tetapi perkara seperti itu boleh menyebabkan zina hati dan ia tetap haram di sisi Islam Dan Allah.Bila kita bercinta atau bercouple. Rasa cinta itu terlampau mendalam. Rasa rindu sentiasa membuak-buak dan meronta-ronta dalam jiwa. Setiap masa dan ketika kita ingin bersama. Sekiranya tidak mendengar suara pun sudah mencukupi. Dan sekiranya masih tidak mampu, membaca tulisan-tulisannya melalui sms pun sudah memadai.


Setiap masa dan ketika kita rasa ragu dengan cinta pasangan. Setiap masa juga kita ingin memastikan cintanya pada kita. Setiap masa kita nak tanya “betul ker u suka i ni”. “betul ker u cinta i ni”. Supaya pasti cintanya tidak surut, cintanya tidak pudar seperti pudarnya pesona Cleopatra (novel tulisan Habiburahman).
Tapi dalam masa yang sama pernahkan kita pastikan atau lakukan perkara yang sama pada Allah swt? Bertanya cintaNya pada kita, memastikan supaya kita sentiasa di dalam cintaNya. Dan yakinkah kita meraih cintaNya?




Okey sekarang anda fikirkan adakah couple itu haram?




0 comments: