CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 31, 2009

Koleksi Mutiara Kata:


"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan""Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"

"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"

"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"

"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"

"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"

"Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?

Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri

Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari

Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…"

"Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1)Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2)Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3)Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4)Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5)Al malul halal, atau harta yang halal
6)Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7)Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. "

"Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti. "
"Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka."
"Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus."
"Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian."
"Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat."
"Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya."
"Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat."
"Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman."
"Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya."

0 comments: