CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, May 1, 2010

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.""Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya.""Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.""Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.""Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.""Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.""Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila pun ia perlukan.""Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada."Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!kerana,
Setiap Wanita itu Cantik..

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :



a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

j) Ingatlah bahawa Allah sentiasa menguji kita dalam pelbagai cara. Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu mempuhinya. Allah hanya menguji mengikut tahap keimanan kita terhadap-Nya.

k) Tanamkan sifat sabar dan sentiasa redha dengan apa jua dugaan. Kita wajib beriman dengan Qada’ dan Qadar sama ada baik atau tidak kita perlu terima.

l) Selalu melatih diri untuk memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya Allah amat sayang kepada orang yang pemaaf.

m) Jika anda sedang berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, InshaAllah kemarahan akan mulai reda. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut, berhikmah dan penuh kasih sayang. Firman Allah:
“Serulah [manusia] kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (An Nahl: 125)

Friday, April 30, 2010

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatuhari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu berteriak ""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri..daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk PakImam tu... Lelaki yang berteriak tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok PakIman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggal kan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.selain terhibur anda fikirlahlah..." Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...""Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...""Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar dan majalah daripada apa yang tercatit dalam al Quran""Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia""Lawak, kita boleh bersembang @ on9 ngan boyfriend @pn kawan berjam-jamtapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka,jiwang dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama .Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Saturday, February 13, 2010

TAHUN BARU

Perhatian Wahai Umat Islam:
Bila sampai 31 Disember,berapa ramaikah yang bersedia menyambut Tahun Baru,.,??Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh:
1.Sheikh Al-Azhar
2.Sheikh Tantawi
3.Sheikh Yusof Al-Qordawidan
ulama-ulama kontemporari bahawa menyambut Tahun Baru bererti menyambut ulang tahun hari jadi tuhan yahudi & kristian. Bagi mereka yg tidak tahu hukumnya fasiq(berdosa besar),tetapi bagi yang dah tahu hukumnya MURTAD,..Jadi fikirkanlah !Sebarkan kepada saudara kita yang lain semampu anda,.,
Wassalam,.,..

Monday, December 21, 2009

APA YANG DAH JADI?

Mengucap panjang ana apabila terbaca suatu berita di harian metro yang bertarikh 12 deiseme 2009.Masih ada rupanya makhluk yang Allah yang ebegini jahil di dunia..Ini adlah catatan yang sempat ana ambil..

PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Menceritakan peristiwa itu, pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata sejak warga emas berkenaan terlantar sakit, dia kerap menghubungi ketiga-tiga anak wanita terbabit supaya datang menziarahi ibu mereka berikutan keadaannya agak kritikal.

Namun, semuanya sia-sia apabila mereka memberi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menziarahi ibu walaupun sekejap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, Muji turut menghubungi ketiga-tiga anaknya supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu di sisi Muji dan beberapa rakan yang tinggal di rumah jagaan itu.

“Selepas wanita itu meninggal, saya sekali lagi menghubungi anaknya untuk memberi peluang mereka menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir, tapi sia-sia kerana masing-masing tetap memberi alasan sama, iaitu sibuk, sekali gus memaksa kami menguruskan pengebumian tanpa menunggu anaknya.

“Apa yang menyedihkan saya, dua daripada tiga anak lelakinya hanya tiba di tanah perkuburan selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan dengan satu tujuan, iaitu bertanyakan harta ditinggalkan arwah ibu mereka.

“Abang sulung bertanyakan di mana barang kemas ibunya, manakala si bongsu meminta sijil kematian bagi membolehkannya mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik arwah ibunya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.Muji berkata, hatinya hancur apabila mendapati dua lelaki terbabit hanya sanggup menziarah kubur ibu mereka semata-mata untuk mendapatkan harta tidak seberapa ditinggalkan arwah ibu tanpa menghiraukan orang ramai yang menguruskan pengebumian wanita terbabit.

Katanya, dia memaklumkan kepada anak sulung wanita terbabit bahawa ibunya tidak pernah memakai barang kemas sepanjang menghuni rumah orang tua berkenaan menyebabkan si anak seolah-olah tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, Muji terpaksa menyerahkan surat kematian kepada anak bongsu kerana tidak berhak memegangnya walaupun arwah sudah berpesan supaya menyedekahkan wang ASB miliknya kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak sangka ada anak yang tergamak datang pada hari pengebumian ibu untuk berebutkan harta sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah datang menjenguk walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

“Kejadian ini membuka mata saya bahawa segelintir anak hanya sanggup menjaga ibu yang sudah uzur jika mempunyai harta, tapi sanggup membuang orang yang mengandung dan melahirkan mereka sekiranya tidak mempunyai harta untuk menyenangkan kehidupan mereka,” katanya sebak.
*semoga merek bertiga tebuka hai untuk bertubat..

Thursday, November 12, 2009

Salam Sejahtera

ASSALAMUALAIKUM....
Maaflah dah lama x update blog ni...sibuk dengan peperiksaan dan juga pelbagai aktiviti di sekolah....terbaru ana memasuki pertandingan nasyid dan kumpulan ana akan menyanyikan nasyid Halimatus Saadiah dri kumpulan IN-TEAM dan Bilal Bin Rabbah dari ALL ONE...Nama ahli kumpulan ana ialah:

1)Siti Nuratiqah
2)Siti Fatimatu' Zahra'a
3)Nor Aishah
4)Nuramalina
5)Rabiatul Adawiah
6)Nor Izzatie
7)Nur Syazlina
8)Alisya
9)Azimah

Friday, August 28, 2009

SEDIH

Saya sekarang tengah bersedih.Sebab kawan saya baru sahaja mninggal dunia dalam usia yang muda iaitu 14 tahun...sangat sedih..Sudahlah meninggal dalam bulan Ramadhan...saya tidak sekelas dengannya namun saya agak terkilan sebb sewaktu hari terakhir persekolahan dulu saya sempat meminta maaf kepdanya dan sempat bergurau dengannya.....Sewaktu tingkatan 1 dahulu saya sekelas dengan dia....
Tapi semuanya adalah ketentuan Allah dan Allah lebih syangkan dia......Jadi saya Redha sajalah.......Semoga rohnya dicucuri rahmat...Amin...Walaupun kami tidaklah rapat sangat tapi dia tetap kawan saya.....