
Sunday, May 31, 2009

Posted by muslimah_girl at 6:43 AM 0 comments
Posted by muslimah_girl at 6:36 AM 0 comments
CINTA DALAM ISLAM....
Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantic atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah didalam konteks cara perhubungan walau pun mungkin tidak pernah berdating… malah orang yang bercinta dalam bentuk syariat Islam takut untukberhubungan secara menulis…kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan *zina hati*. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chatting kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa~menggoda keimanan~ dengan rasa^rindu^ dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta ~asmaradana~ bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tiada masalah hati…itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungandan akhirnya tanpa mengimbangkan^ke warasan akal^ dan lebih mementingkan ^perasaan & nafsu^ akhirnya menjerumus kepada fahamanitulah ^cinta^ yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa?? rasa rindu yg amat sangatt<… sedangkan hakikat rindu yang sebenar hanyalah satu; rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan –->iman yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati.Ada yang jadi baek…bercakap yang baek2 di depan orang yang di cintainya…almaklomle yang di cintai itu seorang yang beriman…tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan yang laen mulalah membebel ntah apehape kerana asas malu tiada.Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam…jika ingin memulakan ikatan cinta itu…berasaskan cinta yang penuh didikan “iman”… perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh didalam ^jerat percintaan^ yang tak patut…sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru…mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina.Bila seorang menyampaikan hasrat cintanya…perhatikan agamanya,kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita…maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya…kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui…ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah #ketidakfahaman# konsep cinta berasaskan Islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan diri kita dirapati akan perasaan mereka…agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.
Posted by muslimah_girl at 6:29 AM 0 comments
Koleksi Mutiara Kata:
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"
"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"
"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"
"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"
"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan""Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"
"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"
"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"
"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"
"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"
"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"
"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"
"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"
"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"
"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"
"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"
"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"
"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"
"Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…"
"Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1)Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2)Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3)Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4)Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5)Al malul halal, atau harta yang halal
6)Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7)Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. "
"Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti. "
"Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka."
"Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus."
"Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian."
"Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat."
"Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya."
"Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat."
"Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman."
"Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya."
Posted by muslimah_girl at 6:09 AM 0 comments






bayi di tanam hidup2... manusia dah kembali ke zaman jahiliah.. insaflah wahai manusia. tapi aku rasa yang buat benda ini bukan manusia tetapi spesis baru kerana binatang pun sayangkan anak. maka mereka tak boleh disamakan dengan binatang.. mereka ni spesis baru yang lebih teruk dari bainatang tau...
Posted by muslimah_girl at 5:57 AM 0 comments
Thursday, May 28, 2009
CUTI OH CUTI
Hmmm.....Hari ini cuti pertengahan tahun bermula.Selama dua minggu ini apa yang anda nak buat?Saya harap rakan-rakan dapat penuhkan waktu cuti ini dengan perkara berfaedah.Jangan nakal-nakal nanti masuk hospital baru tahu.
Okeylah apa-apa pun saya ucapkan selamat bercuti semua.......Jangan Nakal........Buat perkara Berfaedah semasa cuti sekolah.Ya.
Posted by muslimah_girl at 10:58 PM 0 comments
MEMANG SAH KAU PUN BODOH!!!!!!!!!
Nak cerita sikit ni.Sekarang banyak kes kes jenayah berat seperti ragut,rogol dan macam-macam.
Sebenarnya nak disalahkan penjenayahpun tak boleh juga.Nak tah kenapa?
Ragut:
1)Siapa suruh lengang lenggok dengan beg tangan hayun ke sana ke mari.Bila dah kena ragut kata penjenyah bodoh
2)Buat apalah nak bawa beg besar-besar kalau setakat nak menunjuk-nunjuk.Kan dah kena ragut.
Rogol:
1)Orang suruh tutup aurat dia dedah aurat.Bukak sana bukak sini,selak sini selak sana bila kena rogol kata perogol itu jahatlah apalah.Dah tahu tubuh anda itu mengiurkan kenapa tak tutup saja.Payah sangat ke nak tutup aurat.
2)engurat sana mengurat sini.Lelaki keliling pinggang.Bila kena rogol,perut dah ke depan, lelaki tak nak bertanggungjawab.Kata lelaki dayuslah apalah.Salah siapa cik adikku sayang oiiiii.....
Haa.......tengok sendirikan sebabnya kita tak boleh salahkan penjenayah sangat.Dah itu kerja dia.Kitalah yang kena perhatikan kenapa kita dirogol diaragut dan bermacam lagi.pdahal kita pun sama bodohnya dengan penjenayah.
Posted by muslimah_girl at 10:42 PM 0 comments
Rileks Minda
Pak PAndir Jumpa Doktor.
Pada suatu hari,Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masaalah pada dirinya.
Pak Pandir:Tuan doktor,semua orang kata otak saya lembab.Betulkah tuan doktor?Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab.
Doktor:Saya akan bertanya satu soalan.Jika pak cik tak mampu nak menjawabnya memang betullah otak pak cik lembab.
Pak Pandir:Apakah soalannya tuan doktor?
Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi.Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak tiga kali sebelum meninggal dunia.Pada pelayaran keberapakah dia meninggal dunia?
Pak Pandir:Mmmmm...Tukar soalan lain boleh doktor?
Doktor:Mmmm... memang sah pun.
Posted by muslimah_girl at 10:32 PM 0 comments
COUPLE ITU HARAM

Tapi dalam masa yang sama pernahkan kita pastikan atau lakukan perkara yang sama pada Allah swt? Bertanya cintaNya pada kita, memastikan supaya kita sentiasa di dalam cintaNya. Dan yakinkah kita meraih cintaNya?
Posted by muslimah_girl at 10:13 PM 0 comments
Tuesday, May 19, 2009
PENING.......PENING
Bermula hari ahad yang lepas saya menghadapi peperiksaan.Dahlah kena hafal banyak banyak.Dari Sirah kepada Tafsir kepada Feqah dan pelabagai jenis matapelajaran arab.Pening pening.Dahlah lemah sikit bab bab arab ni.Tapi bolehlah.Saya ingat lah juga.Esok ada tiga matapelajaran yang memeningkan iaitu Feqah,Sirah dan Tafsir.Berpusing kepala nak ingat satu persatu matapelajaran untuk sukatan Peperiksaan Pertengahan Tahun ni.Sedar tak sedar tinggal 5 bulan lagi nak Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU).Tapi masih banyak main-main lagi.Hai....macam manalah nak periksa nanti.
Posted by muslimah_girl at 3:57 AM 0 comments