CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, February 17, 2009

Ceramah bertaraf antarabangsa sedang berlangsung di Kelas 1UM.

Hazwani:Kita hendaklah bekerjasama dalam segala hal termasuklah pot..pet..pot..pet.

Amirah:Bising betullah dia ni sorang makan nasi lagi best nyum..nyum.


Syahida:(jauh mengelamun)

Saturday, February 7, 2009


Ni cikgu masa sekolah rendah.Rindu pula tengok pada gambar-gambar cikgu yang banyak memberi aku ilmu.


Yang pengawas tu nama Shakirin yang tepinya tu nama Fadhilah.Shakirin tu comel kan.Fadhilah tu posing konon cute.Tapi cute lah juga.hehe.

Friday, February 6, 2009

HAMPIR DIROGOL!!!!

Nota:Kisah benar dari U.Banyak kisah-kisah aneh ynag menakjubkan sebegini telah berlaku.Moga kita boleh ambil iktibar darinya.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US,memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya.Kebetulan dia mengambil jalan singkat ke rumahnya.Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.Maklum hari sudah lewat malam.Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak takut berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu.Dia mula rasa takut dan tak sedap hati.Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Illahi memohon keselamatan atas dirinya.Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu,dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokan harinya,saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia lalui semalam hanya selepas 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.Wanita ini dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan,polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki ini tidak menjadikan dia sebagai mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di waktu itu,tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya.Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan.(sebelum lelaki tadi dibawa ke tempat lain.)
Dia pun tanya perogol itu"Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?"
Perogol itu jawab:"No,you are not alone.That night I saw two young man walking with you.One on your left side and the other one was by your right side.If you were alone of course you will be my victim."
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol itu.Dia bersyukur ke hadrat Illahi kerana memelihara dia malam itu,mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya,Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batasan yang ditetapkan Islam.
(Kalau aurat tebuka Malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan dirinya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab....selalulah amalkannya.Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah,kufur dengan nikmatnya sambil lewa beribadat.
Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah?Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi.Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah.Jadi kita renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini..Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membacanya ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya[Dari Abdullah bin 'Amr r.a]
TAMAT!!!

Thursday, February 5, 2009

BOYCOT ISRAEL!!!
Ini antara beberapa barangan yang perlu diboycot supaya kita tidak membantu Israel terus menyerang saudara islam kita.

1)BIOTHERM
2)Calvin Klein
3)Carrefour
4)KFC
5)Kleenex
6)SaraLee(Ambi Pur,Just My Size,Kiwi,Maison Cafe,Wonderbra,Sanex,Pickwick,Body Mist,Brylcreem,Aqua Velva,Radox)
7)Banana Republic
8)CLINIQUE
9)Fruitopia
10)Sunkist
11)Gohnson n Gohnsons
12)Maggi
14)Intel
15)Nokia Connecting People
16)LANCOME
17)Colgate
18)COCO-COLA
19)NATIONAL GEOGRAPHIC CHANNEL
20)Timberland
21)Garnier
22)Nestle(nescaffe,milo,susu)
23)GIORGIO ARMANI PARFUMS
24)HEMA
25)PRYCA
26)KOTEX
27)VICHY LABORATOIRES
28)HUGGIES
29)KIT KAT
30)BALI
31)RALPH LAUREN
32)JCPENNEY
33)MAYBELLINE NEW YORK
34)LOREAL
35)LINDEX
36)ARAMIS
37)20 CENTURY FOX(FILEM)
38)DISNEY
39)TESCO
40)DANONE

Wednesday, February 4, 2009

AMARAN BAGI WANITA!!!!!

DIRIWAYATKAN DARIPADA USAMAH BIN ZAID R.A KATANYA:RASULULLAH S.A.W BERSABDA:TIDAK ADA FITNAH YANG PALING MEMBAHAYAKAN KAUM LELAKI SELEPAS ZAMAN AKU KECUALI FITNAH DARI KAUM WANITA

RASULULLAH S.A.W BERSABDA:GOLONGAN YANG PALING SEDIKIT MENGHUNI SYURGA IALAH KAUM WANITA.

DIRIWAYATKAN DARIPADA USAMAH BIN ZAID R.A KATANYA:RASULULAH BERSABDA :KETIKA AKU BERDIRI DI HADAPAN PINTU SYURGA TERNYATA KEBANYAKAN ORANG YANG MEMASUKINYA IALAH DARI KALANGAN ORANG-OARANG MISKIN.AKU JUGA MELIHAT PARA PEMBEAR SEDANG DITAHAN KECUALI PENGHUNI NARAKA,DI MANA MEREKA DIARAHKAN TERUS PERGI KE NERAKA.KETIKA AKU BERDIRI DI HADAPAN PINTU NERAKA TERNYATA KEBANYAKAN ORANG YANG MEMASUKINYA ADALAH KAUM WANITA.

BAYARAN SEBUAH RUMAH DI SYURGA

Ketika Rasulullah s.a.w mula-mula tiba di Madinah perkara pertama yang dilakukan ialah mendirikan masjid.Ia didirikan atas tanah seorang penduduk dari golongan Ansar.
Ketika Rasululah hendak memperbesar masjid itu,baginda meminta tuan tanah itu memberi tanahnya.Tukarannya ialah sebuah rumah di Syurga untuknya.
orang itu keberatan,lalu datang Uthman bin Affan membawa 10000dirham dan membayar harga tanahitu.Uthman kemudian menyerahkan tanah itu kepada RAsulullah dan berkata,"Ya Rasulullah,belilah tanah ini dari saya."
Lalu dibeli oleh Nabi dengan sebuah rumah untuk Uthman di dalam syurga.NIlai wang pada masa itu,20 dirham bersamaan seekor kibasy yang baik atau 10 dirham,seekor kambing yang baik.

GURAUAN RASULULLAH

Melihat seorang sahabatnya sedang naik kuda,Nabi S.A.W menegur "Hai,mengapa kau naiki seekor anak kuda?".Sahabat itu terkejut dan menyanggah;"Bukan,ya Rasulullah.Kuda saya saya sudah dewasa.Ini induk kuda,bukan anak kuda."Nabi tertawa;"Bagaimana boleh?Induk Kuda pun anak kuda juga,bukan?Apakah anak kucing?"Sahabat itu terpinga-pinga setelah menyedari kebodohannya.Nabi s.a.w memang suka bergurau untuk menghidupkan suasana riangdengan para sahabatnya.Sehingga hubungan antara pemimpin dengan wajar dan tidak kaku.

MUHARRAM MERAKAM PERISTIWA BESAR

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Hijrah.Muharram mempunyai erti 'yang diharamkan'.OrangArab di zaman Jahiliah mengharamkan berlakunya peperangan dalam bulan ini.Sudah menjadi kebiasaan,setiap kali menyambut Maal Hijrah,umat islam akan mengadakan acara sempena menyambutnya.Banyak peristiwa besar telah berlaku di bulan ini.Di antaranya ialah ;
penghijarahan Rasul dari Mekah ke Madinah.Pada bulan ini juga terdapat satu hari yang bersejarah iaitu hari 'Asyura yakni pada hari kesepuluh Muharram.Antara peristiwa yang berlaku pad hari itu ialah:

1)Arasy,Kursi dan Syurga dicipta
2)Langit,matahari,bulan dan bintang dicipta
3)Nabi Adam dijadikan daripada tanah dan dimasukkan ke dalam Syurga
4)Taubat Nabi Adam diterima Allah
5)Nabi Ibrahim dilahirkan
6)Nabi Musa dan kaumnya terselamat daripada Firaun dan tenteranya
7)Nabi Isa dilahirkan dan pada hari itu juga baginda dimikrajkan [dinaikkan ke langit]
8)Nabi Yunus keluar dari perut ikan nun
9)Bahtera Nabi Nuh mendarat di Bukit Judi setelah berlaku banjir besar.

Doa untuk menguatkan ingatan.

Setiap kali selepas solat letakkan tangan atas kepala dan baca "yakuwwa" sebanyak 11 kali.
Insyaallah dengan selalu mengamalkannya kita akan dijauhkan dari penyakit nyanyuk dan mudah untuk menghafal.