CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, February 4, 2009

MUHARRAM MERAKAM PERISTIWA BESAR

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Hijrah.Muharram mempunyai erti 'yang diharamkan'.OrangArab di zaman Jahiliah mengharamkan berlakunya peperangan dalam bulan ini.Sudah menjadi kebiasaan,setiap kali menyambut Maal Hijrah,umat islam akan mengadakan acara sempena menyambutnya.Banyak peristiwa besar telah berlaku di bulan ini.Di antaranya ialah ;
penghijarahan Rasul dari Mekah ke Madinah.Pada bulan ini juga terdapat satu hari yang bersejarah iaitu hari 'Asyura yakni pada hari kesepuluh Muharram.Antara peristiwa yang berlaku pad hari itu ialah:

1)Arasy,Kursi dan Syurga dicipta
2)Langit,matahari,bulan dan bintang dicipta
3)Nabi Adam dijadikan daripada tanah dan dimasukkan ke dalam Syurga
4)Taubat Nabi Adam diterima Allah
5)Nabi Ibrahim dilahirkan
6)Nabi Musa dan kaumnya terselamat daripada Firaun dan tenteranya
7)Nabi Isa dilahirkan dan pada hari itu juga baginda dimikrajkan [dinaikkan ke langit]
8)Nabi Yunus keluar dari perut ikan nun
9)Bahtera Nabi Nuh mendarat di Bukit Judi setelah berlaku banjir besar.

0 comments: