CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 31, 2009




HUKUM PEMAKAIAN INAI....




Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.




Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.




Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.




Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.




Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)




Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)




Abu Hurairah .a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)




3 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.




Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.




Wallahua’alam.....


BAHAYA BERTUMIT TINGGI....


BERKASUT tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita. Selain sebahagian daripada fesyen, penampilan akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi. Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.Kajian dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Malah, ia juga boleh mengakibatkan berasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan. Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm).Malah, dengan ketinggian begitupun, ia tidak boleh dipakai lebih dari tiga jam setiap hari secara berterusan.Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung.Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi.“Bila kedudukannya kurang stabil atau tidak seimbang, risiko untuk jatuh juga adalah tinggi dan mendatangkan akibat yang buruk kepada ibu dan juga anak yang dikandung.“Apabila seseorang ibu hamil itu terjatuh, ia akan menyebabkan pendarahan di belakang uri (placenta abruption), yang mana uri akan terpisah daripada dinding uterus.“Pendarahan akan berlaku disebabkan oleh uri dan dinding uterus ini telah terpisah. Jika ia melibatkan pendarahan yang banyak, kemungkinan besar boleh memberi kesan kepada ibu dan kandungannya.“Pendarahan yang banyak berkemungkinan besar boleh membahayakan bayi malah mungkin boleh meragut nyawa bayi yang dikandung selain turut memberi kesan kepada ibu tersebut,” jelas Dr. Asmah Yun.Tambah Dr. Asmah lagi, antara faktor lain yang tidak membenarkan seseorang ibu hamil memakai kasut tumit tinggi kerana mereka akan mudah mengalami sakit belakang.“Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus.“Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus,” ujarnya.Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang.Ini ditambah lagi dengan berat bayi yang dikandung menyebabkan badan terdorong ke hadapan dan memudahkan ibu-ibu hamil mengalami sakit belakang.“Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit. Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu,” katanya.Menurut Dr. Asmah, kekerapan memakai kasut tumit tinggi semasa mengandung juga menyebabkan otot-otot betis akan menjadi sakit dan kejang.“Kaki akan menggunakan tenaga yang banyak ketika memakai kasut tumit tinggi terutamanya pada betis. “Asid lactic akan terkumpul pada bahagian itu dan mengakibatkan kekejangan otot,” katanya.Kekejangan otot ini juga berlaku disebabkan terdapat 40 hingga 50 peratus lebihan darah dalam sistem badan yang perlu dipam ke seluruh badan.Apabila berjalan dan bergerak, otot betis akan bertindak seperti pam dan membantu darah mengalir menentang graviti, menyokong ke arah hati. Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah tadi dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah.Pada waktu malam, hati tidak dapat bekerja sepenuhnya bagi mengepam darah ke bahagian kaki. Cecair boleh ‘terkumpul’, menyebabkan peredaran akan menjadi lambat dan urat-urat di bahagian kaki akan membengkak. Cecair ini boleh menyumbang kepada terjadinya kekejangan otot dan sakit kaki.Jika tanda-tanda seperti di atas di alami oleh wanita yang hamil, mereka dinasihatkan untuk melihat semula jenis kasut yang dipakai.Menurut Dr. Asmah lagi, dengan perut yang membesar dan payu dara yang juga ikut membesar, wanita hamil seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga. Mereka akan berasa mengah dan nafas tercungap-cungap apabila berjalan agak lama dan jauh kerana terpaksa membawa badan yang begitu berat.Bagi kelihatan bertenaga dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai sepatu tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang. Digalakkan memakai kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih berkeinginan untuk bergaya seperti wanita yang lain, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja.“Wanita yang hamil ini di nasihatkan memakai kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana kasut jenis ini tidak akan memerangkap lembapan.“Untuk lebih selesa, mereka digalakkan memakai kasut sukan kerana ia akan memberi keseimbangan.“Jika masih berkeinginan untuk bergaya dengan kasut tumit tinggi, disarankan memakainya ketika kandungan belum lagi mencecah usia enam bulan,” katanya.Tambahnya, selepas enam bulan, lebih baik memakai kasut yang bertumit rendah dan lebar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.Tip untuk penjagaan kaki semasa mengandung* Elak berdiri untuk jangka masa yang panjang tanpa rehat.* Memakai stoking dengan kasut bertutup akan menambah keselesaan pada kaki. Mengangkat atau meninggikan kaki apabila perlu dan jika kaki mengalami kesakitan, cuba rendam kaki untuk seketika.




CINTA DALAM ISLAM....

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantic atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah didalam konteks cara perhubungan walau pun mungkin tidak pernah berdating… malah orang yang bercinta dalam bentuk syariat Islam takut untukberhubungan secara menulis…kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan *zina hati*. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chatting kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa~menggoda keimanan~ dengan rasa^rindu^ dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta ~asmaradana~ bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tiada masalah hati…itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungandan akhirnya tanpa mengimbangkan^ke warasan akal^ dan lebih mementingkan ^perasaan & nafsu^ akhirnya menjerumus kepada fahamanitulah ^cinta^ yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa?? rasa rindu yg amat sangatt<… sedangkan hakikat rindu yang sebenar hanyalah satu; rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan –->iman yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati.Ada yang jadi baek…bercakap yang baek2 di depan orang yang di cintainya…almaklomle yang di cintai itu seorang yang beriman…tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan yang laen mulalah membebel ntah apehape kerana asas malu tiada.Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam…jika ingin memulakan ikatan cinta itu…berasaskan cinta yang penuh didikan “iman”… perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh didalam ^jerat percintaan^ yang tak patut…sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru…mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina.Bila seorang menyampaikan hasrat cintanya…perhatikan agamanya,kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita…maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya…kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui…ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah #ketidakfahaman# konsep cinta berasaskan Islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan diri kita dirapati akan perasaan mereka…agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.

Koleksi Mutiara Kata:


"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan""Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"

"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"

"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"

"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"

"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"

"Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?

Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri

Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari

Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…"

"Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1)Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2)Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3)Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4)Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5)Al malul halal, atau harta yang halal
6)Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7)Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. "

"Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti. "
"Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka."
"Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus."
"Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian."
"Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat."
"Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya."
"Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat."
"Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman."
"Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya."



























bayi di tanam hidup2... manusia dah kembali ke zaman jahiliah.. insaflah wahai manusia. tapi aku rasa yang buat benda ini bukan manusia tetapi spesis baru kerana binatang pun sayangkan anak. maka mereka tak boleh disamakan dengan binatang.. mereka ni spesis baru yang lebih teruk dari bainatang tau...



Alimnya kucing ni.Nak pergi solat ke Pak Kucing oiii?

Thursday, May 28, 2009

CUTI OH CUTI

Hmmm.....Hari ini cuti pertengahan tahun bermula.Selama dua minggu ini apa yang anda nak buat?Saya harap rakan-rakan dapat penuhkan waktu cuti ini dengan perkara berfaedah.Jangan nakal-nakal nanti masuk hospital baru tahu.

Okeylah apa-apa pun saya ucapkan selamat bercuti semua.......Jangan Nakal........Buat perkara Berfaedah semasa cuti sekolah.Ya.

MEMANG SAH KAU PUN BODOH!!!!!!!!!

Nak cerita sikit ni.Sekarang banyak kes kes jenayah berat seperti ragut,rogol dan macam-macam.
Sebenarnya nak disalahkan penjenayahpun tak boleh juga.Nak tah kenapa?

Ragut:
1)Siapa suruh lengang lenggok dengan beg tangan hayun ke sana ke mari.Bila dah kena ragut kata penjenyah bodoh
2)Buat apalah nak bawa beg besar-besar kalau setakat nak menunjuk-nunjuk.Kan dah kena ragut.

Rogol:
1)Orang suruh tutup aurat dia dedah aurat.Bukak sana bukak sini,selak sini selak sana bila kena rogol kata perogol itu jahatlah apalah.Dah tahu tubuh anda itu mengiurkan kenapa tak tutup saja.Payah sangat ke nak tutup aurat.
2)engurat sana mengurat sini.Lelaki keliling pinggang.Bila kena rogol,perut dah ke depan, lelaki tak nak bertanggungjawab.Kata lelaki dayuslah apalah.Salah siapa cik adikku sayang oiiiii.....

Haa.......tengok sendirikan sebabnya kita tak boleh salahkan penjenayah sangat.Dah itu kerja dia.Kitalah yang kena perhatikan kenapa kita dirogol diaragut dan bermacam lagi.pdahal kita pun sama bodohnya dengan penjenayah.

Rileks Minda

Pak PAndir Jumpa Doktor.

Pada suatu hari,Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masaalah pada dirinya.

Pak Pandir:Tuan doktor,semua orang kata otak saya lembab.Betulkah tuan doktor?Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab.

Doktor:Saya akan bertanya satu soalan.Jika pak cik tak mampu nak menjawabnya memang betullah otak pak cik lembab.

Pak Pandir:Apakah soalannya tuan doktor?

Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi.Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak tiga kali sebelum meninggal dunia.Pada pelayaran keberapakah dia meninggal dunia?

Pak Pandir:Mmmmm...Tukar soalan lain boleh doktor?

Doktor:Mmmm... memang sah pun.

COUPLE ITU HARAM




Mendengar sahaja tajuk ini mesti ramai remaja yang tidak berpuas hati.Betul tak?Maklumlah zaman sekarang remaja tidak sah kalau tidak bercinta.Kalau ada yang tidak bercinta itu dikira low profile.Disebabkan rasa tercabar dengan itu maka remaja akan bercinta.




Bila bercinta semua perkara jadi indah.Dah tak ingat dunia dah.Gelaran "sayang" "Baby" dan bermacam lagi selalu meniti dui mulut remaja yang sedang bercinta.Sebenarnya dalam hukum islam bercinta sebelum berkahwin adalah haram.Kerana ia boleh mendorong kepada zina.




"Saya tak berzina,saya cuma main sms dan telefon saja."kata sesetengah remaja.Memanglah cuma sms dan telefon sahaja tetapi perkara seperti itu boleh menyebabkan zina hati dan ia tetap haram di sisi Islam Dan Allah.Bila kita bercinta atau bercouple. Rasa cinta itu terlampau mendalam. Rasa rindu sentiasa membuak-buak dan meronta-ronta dalam jiwa. Setiap masa dan ketika kita ingin bersama. Sekiranya tidak mendengar suara pun sudah mencukupi. Dan sekiranya masih tidak mampu, membaca tulisan-tulisannya melalui sms pun sudah memadai.


Setiap masa dan ketika kita rasa ragu dengan cinta pasangan. Setiap masa juga kita ingin memastikan cintanya pada kita. Setiap masa kita nak tanya “betul ker u suka i ni”. “betul ker u cinta i ni”. Supaya pasti cintanya tidak surut, cintanya tidak pudar seperti pudarnya pesona Cleopatra (novel tulisan Habiburahman).
Tapi dalam masa yang sama pernahkan kita pastikan atau lakukan perkara yang sama pada Allah swt? Bertanya cintaNya pada kita, memastikan supaya kita sentiasa di dalam cintaNya. Dan yakinkah kita meraih cintaNya?




Okey sekarang anda fikirkan adakah couple itu haram?




Tuesday, May 19, 2009

PENING.......PENING

Bermula hari ahad yang lepas saya menghadapi peperiksaan.Dahlah kena hafal banyak banyak.Dari Sirah kepada Tafsir kepada Feqah dan pelabagai jenis matapelajaran arab.Pening pening.Dahlah lemah sikit bab bab arab ni.Tapi bolehlah.Saya ingat lah juga.Esok ada tiga matapelajaran yang memeningkan iaitu Feqah,Sirah dan Tafsir.Berpusing kepala nak ingat satu persatu matapelajaran untuk sukatan Peperiksaan Pertengahan Tahun ni.Sedar tak sedar tinggal 5 bulan lagi nak Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU).Tapi masih banyak main-main lagi.Hai....macam manalah nak periksa nanti.